Kat sini ada beberapa gambar untuk ilusi visual. korang dapat x nampak gambar ini selain dari gambar ini..
Cuba lihat..n komen cikit.heheh
Bocozz Blog
Tuesday, 1 November 2011
Thursday, 27 October 2011
Cara Tingkatkan Signal Wifi
bahan-bahan:
1. Tin kosong
2. Gam
3. pisau/gunting
Cara-cara:
1. bersihkan tin
2. cabut punat
3. potong punggung tin
4. potong kepala tin, tapi jangan potong habis. Tinggalkan sikit seinci dua (Garisan merah boleh potong, garisan putih jangan potong.
5. Berdepan dengan garisan putih yang kita tinggalkan tadi, belahkan dia dari atas ke bawah.
6. Di sini dia guna bluetack, nak pakai double sided tape pun boleh. Asalkan boleh melekat.
6. tada!! siap
1. Tin kosong
2. Gam
3. pisau/gunting
Cara-cara:








Wednesday, 26 October 2011
Wallet Paling Selamat
anda mesti risau kan beg duit hilang..
Dunhill sudah mencipta sebuah beg duit yang sangat tinggi keselamatan nye..
wallet nie di beri nama Biometric Wallet
Dicipta Oleh Dunhill
Ciri-Ciri Wallet:
1)Bluetooth Alarm
2)pelindung carbon fibre
3)sekuriti cap jari
Harga Wallet nie $825 dollar..
Gambaran dalam Wallet tersebut
ianya mempunyai alarm bluetooth dimana akan dipasangkan bersama handphone..
dan jika ianya jauh dari handphone anda sejauh 5 meter maka ia akan berbunyi Alarm..
Ianya juga mempunyai pelindung carbon fibre…fuh,memang keras nie..
nk pecahkan guna kereta kebal je..hahaha
akhir sekali ianya ade sekuriti cap jari..wallet ini hanya boleh dibuka dengan menggunakan
cap jari oleh pemiliknya sendiri..jika tidak..tidak boleh bukak la..
nk pecah kan?..pelindung carbon fibre…nak pecahkan pakai ape??..
hahahaha…
Kenali Rokok Elektronik
Rokok elektronik adalah satu teknologi yang agak baru yang sering juga dirujuk sebagai e-rokok, atau e-cig. Rokok yang dikendalikan oleh bateri ini adalah alat kecil yang mengagumkan, direka untuk simulasi kesan rokok dalam reka bentuk dan fungsi. Dengan penampilan semata-mata, kebanyakan orang ramai tidak akan perasan apa-apa perbezaan di antara e-rokok dan rokok tembakau biasa.
Rokok elektronik menghasilkan wap yang tebal yang hampir menyerupai asap rokok biasa. Tidak seperti asap rokok biasa, ianya tidak mengandungi Tar dan juga sebahagian kecil daripada 4000 bahan kimia yang biasanya ditemui di dalam rokok tembakau biasa. Ianya masih dibawah pengaruh nikotin.
Wap e-rokok terhasil daripada elemen pemanas yang terdapat pada bahagian batang e-rokok. Elemen pemanas ini memanaskan sejumlah kecil cecair (sama dengan mesin kabus), dan dengan itu mewujudkan wap dengan rasa yang sama serta konsisten seperti asap rokok biasa. Rokok Elektronik ini tidak menghasilkan apa-apa asap sebenar, jadi tidak ada keperluan untuk pencucuhan menggunakan mancis atau lighter. Oleh yang demikian, tidak ada asap terpakai dan tiada risiko bahaya kebakaran.
Sebagai paparan gambar rajah di atas, terdapat tiga bahagian utama kepada rokok elektronik:
1. Bateri:
Bahagian terbesar e-rokok adalah bateri, terletak pada penghujung yang ada penunjuk LED dan bercahaya apabila disedut.
2. Pengabut/elemen pemanas:
Terletak di antara bateri dan alat sedut, pengabut meresap cecair nikotin dari kartrij menjadi kabus wap yang boleh disedut.
3. Penyedut:
Semua e-rokok didatangkan dengan bahagian dimana wap dikabutkan dan dipanaskan melintasi bibir penyedut. Bahagian ini juga secara tradisi di mana cecair Nikotin terkandung.
Wow! Gambar Ikan Bawal Gergasi Terbesar Dunia
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Memang besar gila ikan bawal yang besar dan pelik ni. Cuba bayangkan ikan bawal yang kita selalu makan jika dibandingkan dengan ikan bawal 270kg yang ditangkap di Alaska (bahagian Norway) ni. Macam bumi dan langit. Kalau dapat masak ikan bawal gergasi ni, boleh jamu 50 orang makan kot. Ke lebih? Memang dasyat betul ikan-ikan di lautan Atlantik ni. Kalau baca dalam perincian di bawah, harga seekor ikan bawal gergasi ni selepas diconvert ialah lebih kurang RM10000. Gila ke apa? Sedap ke? Gambar ikan bawak gergasi ni ada di bawah. P/S: Dunia ini terdiri dari 70% laut dan 30% darat. Sedangkan darat pun tak habis kita jelajah, ini pula lautan. Banyak lagi makhluk Allah di lautan yang masih menjadi misteri hingga ke hari ini.
A retired policeman battled for three hours to catch a halibut weighing a whopping 38.5 stone to claim a world record. The super flat fish was so big that at one point Reinhard Wuhrmann’s rod snapped in two as he was tried to snare the creature off the island of Senja in northern Norway. The 62-year-old and two others were only able to haul it onto their boat after tying a rope around it when it came alongside.The 8ft 3in Atlantic halibut tipped the scales at just over 540lb – smashing the previous world record by an impressive 58lb. It would have sold for about £2,500 at a British fish market and made about 1,000 fillet portions. A good quality fish restaurant can charge £25 for a halibut main course, meaning the record fish could have realised a value of £25,000. Despite being very tired after catching the halibut, Mr Wuhrmann still went through with a bet to shave off his beard the men had previously made for netting the biggest fish.The biggest Pacific halibut caught was by Jack Tragis off Alaska in November 1996 with a 459lbs fish. Atlantic halibut – Hippoglossus hippoglossus in Latin – is among the largest bony fish in the world. Their native habitat is the northern Atlantic, from Greenland to the Barents Sea and as far south as the Bay of Biscay.They can reach up to 15ft in length, weigh up to 700lbs and can live for 50 years. Their diet is usually other fish like cod, haddock and herring although they do face predation from seals and the Greenland shark.
Misteri Binaan Piramid Terjawab
Sekian lama para saintis kebingungan tentang penjelasan bagaimana cara sebuah piramid yang menjadi antara binaan ajaib dunia dibina. Hal ini kerana teknologi bagi mengangkat batu-batuan besar mencapai ribuan kilogram ke puncak-puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?
Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid! Menurut kajian tersebut disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah tanah liat yang dipanaskan hingga membentuk batu keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.
Al-Quran Ternyata Lebih Dulu Punya Jawapan
Jika difahami lebih dalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan hal ini 1400 tahun sebelem mereka mendedahkannya, perhatikan sebuah ayat dalam Al Quran yang berikut:
وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ
"Dan berkata Fir'aun: 'Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta. "(Al-Qasas: 38)
Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir dalam ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat hingga menjadi batu. Dan teknik tersebut menjadi hal yang sangat rahsia jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.
Profesor Gilles Hug, dan Michel Profesor Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, terbuat dari dua jenis batu: batu alam dan batu-batu yang dibuat secara manual alias olahan tanah liat.
Dan dalam kajian yang diterbitkan oleh majalah "Journal of American Ceramic Society" menegaskan bahawa Firaun menggunakan jenis tanah slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sementara untuk dasarnya, Firaun menggunakan batu alam.
Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur di tungku api yang dipanaskan dengan wap air garam dan berjaya membuat wap air sehingga membentuk campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diolah mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.
Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut dan mencari jejak reaksi segera yang menegaskan bahawa batu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu membezakan antara batu alam dan batu buatan.
Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari rahsia di balik pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Ia pun berkata, "Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang saya baru yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir dibuat dengan menggunakan tanah liat."
Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits soal batu-batu piramid yang ternyata terbuat dari olahan lumpur ini memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang lama tentang piramid Bosnia, "Piramid Matahari" dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat! Ini menegaskan bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu. (Gambar dari batu piramid).
Sebuah gambar yang digunakan dalam casting batu-batu kuno piramid matahari mengalir di Bosnia, dan kebenaran sains mengatakan bahawa sangat jelas bahawa kaedah tertentu pada tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenal sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Romania atau Firaun!
Subhanallah! bukti menakjubkan yang menunjukkan bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun tinggi saat itu, juga dibina dari tanah liat! Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika dan Perancis.
Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat dan panas untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.
Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, berbilang tahun selepas Berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kelak dinamakan Piramid menggunakan TANAH LIAT.
Kenyataan ini sangat jelas dan kuat membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara sesuai hawa nafsunya saja melainkan petunjuk dari Allah yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa ... Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.
Tuesday, 25 October 2011
Semakin ramai orang hari ini menyedari bahawa melindungi alam sekitar kita adalah sangat penting, disebabkan itu, teknologi sekarang juga semakin meningkat dengan faktor mesra alam sekitar. Atas sebab ini Honda telah mencipta Gyro2 skuter yang menyediakan ruang yang selesa untuk penunggang.
Honda Gyro2 dilindungi dengan kaca yang akan melindungi penunggang. Skuter ini direka oleh Robert V Hagenstrom.
p/s: Tak payah susah-susah nak cari tempat berteduh bila hujan. Mat Rempit taknak try ke?
Honda Gyro2 dilindungi dengan kaca yang akan melindungi penunggang. Skuter ini direka oleh Robert V Hagenstrom.
p/s: Tak payah susah-susah nak cari tempat berteduh bila hujan. Mat Rempit taknak try ke?
Subscribe to:
Posts (Atom)